Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Saham S'pura jatuh susuli satu lagi kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan AS

Saham S'pura dibuka lebih rendah, sekali gus mengalami kerugian besar semalaman di Wall Street selepas Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Saham Singapura dibuka lebih rendah pada Khamis (22 Sep), sekali gus mengalami kerugian besar semalaman di Wall Street selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar faedah dan memberi isyarat lebih banyak kenaikan boleh dijangkakan pada masa akan datang.

Dalam sesi perdagangan itu, Indeks Straits Times (STI) dibuka pada 0.37 peratus lebih rendah, turun 12.2 mata kepada 3,249.59.

Mereka yang rugi melebihi mereka yang meraih keuntungan, iaitu 85 berbanding 30, sedang sekitar 34.7 sekuriti bernilai S$58.3 juta bertukar tangan.

Saham perbankan adalah antara saham yang paling banyak didagangkan pada sesi perdagangan awal pagi.

DBS turun 0.57 peratus atau S$0.19 kepada S$33.34. OCBC jatuh 0.49 peratus atau S$0.06 kepada S$12.29 dan UOB turun 0.9 peratus atau S$0.25 kepada S$27.43.

Di tempat-tempat lain di Asia, tanda aras indeks Nikkei 225 dari Jepun merosot 0.9 peratus pada awal sesi perdagangan, manakala indeks Kospi dari Korea Selatan jatuh 1 peratus.

Bank pusat AS mengumumkan kenaikan kadar faedah ketiganya secara berturut-turut sebanyak 0.75 peratusan mata pada Rabu, sekali gus meneruskan tindakan tegas bagi mengurangi inflasi yang mencecah paras rekod sejak 40 tahun lalu.

Saham AS turun naik menyusuli pengumuman itu sebelum mengakhiri sesi itu dengan kerugian.

Pasaran-pasaran menjangkakan satu lagi kenaikan kadar faedah yang besar, namun dikejutkan dengan ramalan Rizab Persekutuan yang memerlukan kenaikan tambahan.

Kenyataan terbaru Rizab Persekutuan termasuk unjuran kadar faedah bagi akhir 2023 dan 2024 yang lebih tinggi daripada ramalan sebelum ini, sekali gus memberi isyarat bank pusat AS kini melihat perlunya lebih banyak usaha putaran bagi mengetatkan dasar kewangan secara berpanjangan di tengah-tengah trend inflasi.

Dow Jones Industrial Average ditutup 1.17 peratus pada 30,183.78 pada Rabu. S&P 500 jatuh 1.71 peratus kepada 3,789.93 dan Nasdaq Composite menjunam 1.79 peratus kepada 11,220.19.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan