Skip to main content

Kewangan

Saham perbankan Eropah alami penurunan besar

Indeks saham perbankan Eropah SX7P jatuh 4.8 peratus pada Isnin (7 Apr), merosot lebih 20 peratus berbanding paras tertinggi penutupan hari perdagangan baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Saham perbankan Eropah alami penurunan besar

Sebuah bangunan dengan logo Deutsche Bank di Malaga, Sepanyol, pada 24 April 2024. (Gambar fail: REUTERS/Jon Nazca)

Diterbitkan : 07 Apr 2025 05:40PM Dikemas Kini : 07 Apr 2025 05:41PM
EROPAH: Indeks saham perbankan Eropah SX7P jatuh 4.8 peratus pada Isnin (7 Apr), merosot lebih 20 peratus berbanding paras tertinggi penutupan hari perdagangan baru-baru ini.

Perkembangan tersebut sekali gus semakin mengesahkan bahawa pasaran saham itu kini berada dalam pasaran beruang (bear market).

Pasaran beruang adalah tempoh penurunan harga pasaran saham yang diukur dalam bulan atau tahun.

Kejatuhan tersebut berlanjutan untuk hari ketiga apabila tarif menyeluruh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mencetuskan kebimbangan terhadap perang dagang besar-besaran dan kemelesetan ekonomi global.

Bersama dengan kerugian dalam dua hari dagangan sebelum itu, indeks tersebut jatuh lebih 18 peratus pada Isnin.

Commerzbank dan Deutsche Bank dari Jerman, Credit Agricole, Societe Generale dan BNP Paribas dari Perancis semuanya mencatat penurunan antara 9 peratus hingga 10 peratus.

Barclays dari Britain jatuh 9 peratus, manakala HSBC susut sekitar 5 peratus.
Saham bank di tempat lain juga merosot, dengan indeks saham bank Jepun menjunam sehingga 17 peratus.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita