Skip to main content

Kewangan

Saham global hampir cecah paras tertinggi sedang pasaran tunggu rundingan Trump-Putin

Saham-saham global didagangkan menghampiri rekod tertinggi pada Jumaat (15 Ogos) sedang para pelabur menunggu rundingan penting antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden Rusia Vladimir Putin mengenai Ukraine di Alaska dan untuk data runcit Amerika yang mungkin memberi petunjuk tentang kedudukan ekonomi terbesar dunia itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Saham global hampir cecah paras tertinggi sedang pasaran tunggu rundingan Trump-Putin

Seorang lelaki berjalan melepasi skrin yang memaparkan saham Nikkei Jepun dan kadar pertukaran antara yen dengan dolar Amerika di Tokyo, Jepun pada 4 Ogos 2025. (Gambar fail: REUTERS/Issei Kato)

LONDON: Saham-saham global didagangkan menghampiri rekod tertinggi pada Jumaat (15 Ogos) sedang para pelabur menunggu rundingan penting antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden Rusia Vladimir Putin mengenai Ukraine di Alaska dan untuk data runcit Amerika yang mungkin memberi petunjuk tentang kedudukan ekonomi terbesar dunia itu.

Indeks MSCI All Country World mengumpulkan keuntungan baru-baru ini apabila saham Eropah meningkat sedikit semasa sesi dagang awal. Indeks tersebut naik 0.2 peratus kepada 953.4, hampir paras rekod 954.21 yang dicatatkan pada Rabu.

Niaga hadapan Wall Street juga meningkat sedikit sekitar 0.1 hingga 0.2 peratus.

Menurut Rumah Putih, rundingan Trump-Putin akan diadakan pada pukul 11.00 pagi waktu Alaska, namun harapan Encik Trump untuk mencapai perjanjian gencatan senjata di Ukraine masih samar-samar. Encik Trump berkata sidang puncak kedua yang melibatkan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy, mungkin diadakan sekiranya rundingan itu berjalan lancar.

Pendapatan Perbendaharaan Amerika Syarikat sepanjang 10 tahun kekal mendatar pada 4.287 peratus, selepas kenaikan lima mata asas sehari sebelumnya berikutan data PPI. Indeks dolar, yang mengukur nilai dolar Amerika berbanding enam mata wang utama, turun 0.2 peratus kepada 97.965.

Data GDP Jepun yang dikeluarkan pada Jumaat (15 Ogos) menunjukkan ekonomi negara itu berkembang 1.0 peratus pada suku April-Jun, melebihi anggaran para penganalisis.

Bagi pasaran komoditi, minyak mentah Brent susut 0.7 peratus kepada AS$63.52 (S$81.46) setong. Emas naik 0.2 peratus kepada AS$3,342 (S$4,285.65) setiap auns.

Pasaran mata wang kripto stabil selepas bitcoin mencecah paras rekod AS$124,480.82 (S$159,629.23) pada Khamis. Mata wang digital itu kali terakhir naik 0.9 peratus.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita