Skip to main content

Kewangan

Saham gedung runcit Courts lonjak lebih 31% hari ini

Saham gedung runcit Courts melonjak lebih 31 peratus hari ini (18 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Jan 2019 06:26PM Dikemas Kini : 18 Jan 2019 10:01PM

SINGAPURA: Saham gedung runcit Courts melonjak lebih 31 peratus hari ini (18 Jan).

Kenaikan itu dirangsang oleh tawaran yang dibuat oleh syarikat elektronik Jepun, Nojima untuk mengambil alih Courts yang disenaraikan dalam bursa Singapura.

Nojima menawarkan 20.5 sen Singapura bagi setiap saham Courts, iaitu sekitar 35 peratus lebih tinggi daripada harga saham Courts sebelum pengumuman itu.

Nojima sudah mendapat persetujuan daripada pemegang saham majoriti Courts iaitu Kumpulan Runcit Singapura (SRG) untuk menjual 73.8 peratus pegangan sahamnya.

Nojima mempunyai lebih 850 cawangan di Jepun dengan nilai pasaran S$1.4 bilion.

Ia menjangkakan pasaran runcit perkakas rumah akan berkembang di Asia Tenggara dan mahu meluaskan kehadiran komersilnya di rantau ini dengan mengambil alih Courts.

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita