Saham bercampur-campur, nilai dolar kukuh pada permulaan minggu yang suram
Pasaran saham Eropah didagangkan bercampur-campur manakala nilai dolar mengukuh dalam dagangan cuti yang rendah pada Isnin (16 Feb) menyusuli prestasi sederhana ekuiti Asia menjelang cuti Tahun Baharu Cina, selepas Jepun melaporkan pertumbuhan ekonomi yang hambar.
Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Pasaran saham Eropah didagangkan bercampur-campur manakala nilai dolar mengukuh dalam dagangan cuti yang rendah pada Isnin (16 Feb) menyusuli prestasi sederhana ekuiti Asia menjelang cuti Tahun Baharu Cina, selepas Jepun melaporkan pertumbuhan ekonomi yang hambar.
Pasaran ditutup di Shanghai, Seoul dan Taipei sempena cuti berkenaan, manakala pasaran Hong Kong dan Singapura hanya dibuka untuk sesi setengah hari. Sementara itu, pasaran Amerika Syarikat ditutup sempena Hari Presiden.
Perhatian pada minggu ini akan beralih kepada pendapatan syarikat, kata Ketua Pasaran Interactive Investor Richard Hunter.
“Walmart akan melaporkan angka tahunan pada Khamis, di mana jualannya perlu berada di hujung tertinggi julat jangkaan untuk terus mewajarkan penilaian tinggi yang telah melonjakkan harga saham dan menjadikan kumpulan itu peruncit pertama dengan nilai AS$1 trilion (S$1.26 trilion),” kata beliau.
Pasaran saham menunjukkan tanda-tanda stabil berikutan kejatuhan yang dipacu teknologi minggu lalu, apabila para pedagang bertindak balas terhadap kebimbangan yang meningkat berhubung ratusan bilion dolar yang dibelanjakan untuk infrastruktur kecerdasan buatan (AI) dan bila, jika pulangan bakal diperoleh.
Tumpuan juga tertumpu pada permulaan Sidang Puncak Impak AI selama lima hari di New Delhi, dengan kehadiran tokoh-tokoh seperti ketua OpenAI Sam Altman dan Sundar Pichai dari Google.
Walaupun permintaan mendadak terhadap AI generatif melonjakkan keuntungan dan harga saham banyak syarikat teknologi, kebimbangan kian meningkat berhubung risiko kepada masyarakat dan alam sekitar serta potensinya menggantikan pelbagai sektor perniagaan.
Pengarah penyelidikan XTB Kathleen Brooks berkata terdapat juga “tanggapan yang semakin meningkat bahawa kebimbangan AI menelan sebahagian besar pekerjaan dan industri global adalah keterlaluan dan minggu ini mungkin menyaksikan pemulihan dalam beberapa sektor yang paling terjejas oleh jualan besar-besaran, termasuk saham sofwe.”
Kebimbangan AI sedikit diimbangi data rasmi pada Jumaat yang menunjukkan inflasi pengguna di Amerika Syarikat susut sedikit lebih daripada jangkaan pada Januari.
Para penganalisis berkata data itu seharusnya mendorong Rizab Persekutuan untuk menurunkan kadar faedah sekali lagi lewat tahun ini bagi menyokong pertumbuhan ekonomi terbesar dunia.
“Data inflasi Amerika Syarikat adalah baik. Dan reaksi awal dalam ekuiti mencerminkan perkara itu,” kata penganalisis kanan pasaran kewangan Capital.com Kyle Rodda.
Berita pertumbuhan ekonomi yang lemah di Jepun menggugat saham dan yen negara itu pada Isnin, selepas ekuiti Tokyo mencapai paras rekod baharu menyusuli kemenangan besar Perdana Menteri Sanae Takaichi dalam pilihan raya parlimen baru-baru ini.
Dalam pada itu, ekonomi keempat terbesar dunia berkembang hanya 0.1 peratus dalam tiga bulan terakhir 2025, menurut data rasmi.
“Aktiviti ekonomi yang lembap meningkatkan kemungkinan Takaichi bukan sahaja akan meneruskan penggantungan cukai jualan makanan malah melaksanakan belanjawan tambahan,” kata penganalisis Capital Economics Marcel Thieliant.

Sumber : AFP/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.