Saham Asia merosot dek kebimbangan ekonomi Amerika
Pasaran saham Asia merosot, mencerminkan kejatuhan Wall Street pada Isnin (4 Ogos) sedang kebimbangan terhadap ekonomi Amerika kembali mencengkam, skali gus mendorong para pelabur menetapkan harga dalam pemotongan kadar pada September dan menjejas nilai dolar Amerika.
Arca lembu dipamerkan di hadapan skrin yang memaparkan indeks saham Hang Seng dan harga saham di luar Exchange Square, Hong Kong, China, pada 18 Ogos 2023. (Gambar fail: REUTERS/Tyrone Siu)
Sedikit ketahanan awal daripada niaga hadapan saham Amerika dan penurunan berterusan harga bminyak bantu menghadkan kerugian, namun laporan data pekerjaan bergaji yang suram pada Julai lalu sukar untuk diabaikan.
Pasaran saham bertindak pantas dengan menjangkakan lebih banyak pelonggaran, dengan kemungkinan pemotongan kadar pada September melonjak kepada 90 peratus, berbanding hanya 40 peratus sebelum laporan pekerjaan itu dikeluarkan.
Niaga hadapan terus meningkat pada Isnin, dengan pasaran kini menjangkakan pelonggaran sebanyak 65 mata asas menjelang hujung tahun, berbanding hanya 33 mata asas sebelum data dikeluarkan.
NILAI DOLAR TERJEJAS
Prospek kos pinjaman yang lebih rendah sedikit sebanyak menyokong pasaran ekuiti, dengan niaga hadapan S&P 500 naik 0.1 peratus, manakala niaga hadapan Nasdaq meningkat 0.2 peratus.
Namun begitu, pasaran saham Asia masih berusaha bangkit semula pada Jumaat lalu, dengan indeks Nikkei merosot 2.1 peratus manakala Korea Selatan turun 0.2 peratus.
Indeks MSCI bagi saham Asia-Pasifik di luar Jepun pula mencatat kenaikan sebanyak 0.3 peratus.
Harga minyak pula terus menyusut apabila OPEC+ bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran secara besar-besaran pada September, sekali gus membatalkan sepenuhnya pemotongan tahun lalu sebanyak 2.2 juta tong sehari.
Brent turun 0.6 peratus kepada $69.24 (S$89.23) setong, manakala harga minyak mentah Amerika Syarikat juga jatuh 0.6 peratus kepada $66.93 (S$86.25) setong.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.