Saham Asia jatuh sedang AS terus bertikai dengan China
Pasaran-pasaran saham Asia jatuh hari ini (13 Mei) sedang pertikaian perdagangan antara Amerika dengan China bertambah buruk.
(Gambar fail: Issei Kato/Reuters)
REUTERS: Pasaran-pasaran saham Asia jatuh hari ini (13 Mei) sedang pertikaian perdagangan antara Amerika dengan China bertambah buruk.
Ini selepas Amerika Syarikat mengenakan cukai 25 peratus ke atas barangan China bernilai AS$200 bilion (S$274 bilion) pada Jumaat (10 Mei).
Dalam catatan twitternya, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menuduh China melanggar janjinya dan kemudian mahu berunding.
Bagaimanapun, Penasihat Ekonomi Rumah Putih, Larry Kudlow, yakin pertemuan yang bakal diadakan antara Presiden Trump dengan Presiden China Xi Jinping di Sidang Puncak G20 di Jepun pada bulan depan akan dapat mengendurkan pertikaian perdagangan.
Beijing memberi amaran ia tidak akan membiarkan sahaja sebarang tindakan yang menjejas kepentingannya, sambil berikrar akan bertindak balas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.