Skip to main content

Kewangan

Saham Asia jatuh berikutan konflik Israel-Iran

Pasaran saham di Asia jatuh pada Khamis (19 Jun), manakala aset-aset selamat seperti emas dan mata wang yen jepun mencatatkan kenaikan sedang para pelabur kekal berwaspada terhadap kemungkinan Amerika Syarikat menyertai konflik Israel-Iran yang sudah berlarutan hampir seminggu.

Anggaran Waktu Membaca:
Saham Asia jatuh berikutan konflik Israel-Iran

Seorang pejalan kaki berjalan bersebelahan skrin elektronik yang memaparkan naik turun harga saham di luar sebuah bank di Tokyo, Jepun pada 22 Mac 2023. (Gambar: REUTERS/Issei Kato)

TOKYO: Pasaran saham di Asia jatuh pada Khamis (19 Jun), manakala aset-aset selamat seperti emas dan mata wang yen jepun mencatatkan kenaikan sedang para pelabur kekal berwaspada terhadap kemungkinan Amerika Syarikat menyertai konflik Israel-Iran yang sudah berlarutan hampir seminggu.

Sementara itu, Presiden Donald Trump masih mengunci mulut dan membiarkan dunia berteka-teki tentang sama ada Amerika Syarikat akan menyertai serangan Israel ke atas tapak nuklear Iran.

Pada Khamis (18 Jun), Encik Trump memberitahu wartawan di luar Rumah Putih bahawa "beliau mungkin akan melakukannya, atau pun tidak".

Laporan Wall Street Journal menyatakan Encik Trump sudah memaklumkan kepada penasihat kanannya bahawa beliau meluluskan rancangan melancarkan serangan terhadap Iran.

Namun beliau belum lagi memberikan arahan muktamad kerana ingin melihat sama ada Tehran akan meninggalkan program nuklearnya.

Di pasaran saham, indeks Nikkei Jepun jatuh 0.8 peratus, dengan tekanan tambahan daripada pengukuhan nilai mata wang yen, yang menjejas pulangan eksport syarikat besar negara itu.

Sementara itu, penanda aras saham Taiwan menyusut 0.9 peratus, manakala indeks Hang Seng di Hong Kong merosot 0.8 peratus.

Niaga hadapan S&P 500 Amerika Syarikat pula menunjukkan penurunan sebanyak 0.4 peratus, walaupun kebanyakan pasaran Amerika Syarikat – termasuk Wall Street dan pasaran Perbendaharaan – ditutup pada Khamis sempena cuti umum.

Harga emas meningkat 0.3 peratus kepada AS$3,378 (S$4,347.15) setiap auns.

“Terdapat banyak spekulasi – mungkin secara strategik disemai oleh pentadbiran Trump – bahawa Amerika Syarikat akan campur tangan, sesuatu yang boleh memburukkan lagi konflik dan mencetuskan tindakan balas secara langsung oleh Iran terhadap Amerika Syarikat."

“Senario seperti itu akan meningkatkan risiko konflik serantau yang lebih besar, dengan kesan terhadap bekalan tenaga global dan kemungkinan menjejaskan pertumbuhan ekonomi," kata penganalisis kanan pasaran kewangan di Capital.com, Kyle Rodda.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita