S$1 = RM3.1964; kadar pertukaran cecah paras tertinggi

(Gambar: AFP/Mohd Rasfan)
SINGAPURA: Kadar pertukaran dolar Singapura berbanding mata wang Malaysia mencecah paras tertinggi pada Isnin (23 Mei).
Dolar Singapura mencecah paras rekod iaitu RM3.1964 pada Isnin, sebahagian besarnya disebabkan oleh kekuatan dolar Singapura, sebelum turun sedikit kepada RM3.1950 pada lewat hari ini.
"SGDMYR mencecah paras rekod 3.1964 pagi ini (6.48 pagi BST, 1.48 tengah hari waktu Singapura), sebahagian besarnya disebabkan oleh kekuatan dolar Singapura. Kadar ini adalah paras tertinggi sejak 1982," menurut Encik Simon Harvey, ketua penganalisis pertukaran mata wang asing di MonFX kepada Mediacorp.
Kadar pertukaran Dolar Singapura berbanding Ringgit Malaysia semakin meningkat sejak hujung bulan April.
Singapura telah melaksanakan dasar kewangan yang lebih agresif dengan menaikkan nilai dolar Singapura pada rentak yang lebih pantas dan pada paras yang lebih tinggi.
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pertama kali mengetatkan dasar kewangan negara pada Oktober tahun lalu bagi membolehkan nilai dolar Singapura untuk meningkatkan pada rentak yang sedikit lebih pantas.
"Dolar Singapura semakin mengukuh selepas melaksanakan dasar tersebut," kata Encik Saktiandi Supaat, ketua Penyelidikan Pertukaran Mata Wang Asing Maybank.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.