Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

S$1 diramal naik hingga RM3.22 dalam suku ketiga

Nilai dolar Singapura boleh naik setinggi RM3.22 dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Nilai dolar Singapura boleh naik setinggi RM3.22 dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang.

Ini menyusuli langkah Penguasa Kewangan Singapura (MAS) memperkukuh nilai matawang SGD dengan mengetatkan lagi dasar kewangan negara pada Khamis (14 Jul).

Demikian penilaian Ketua Penyelidikan & Strategi Pertukaran Matawang Asing, Perbankan Global Maybank, Saktiandi Supaat.

"Kami rasa mungkin dolar Singapura akan lebih kuat berbanding matawang ringgit. Kami menjangkakan mungkin pada suku ketiga (nilainya) mungkin RM3.18 hingga mungkin RM3.22 berbanding dolar Singapura," kongsi pakar ekonomi itu sebagai menjawab pertanyaan BERITAmediacorp.

Beliau menganggarkan, SGD akan menguat antara 0.5 hingga 1 peratus ekoran langkah itu. 

Ini kali keempat sejak Oktober lalu MAS mengetatkan dasar kewangannya. 

Dalam pengumuman mengejut itu kelmarin, MAS menaikkan paras pertengahan jalur dasar kadar pertukaran efektif nominal dolar Singapura (S$NEER) ke paras pertukaran semasa. 

Ia bertujuan membendung kenaikan inflasi sedang kegiatan ekonomi di Singapura bertambah rancak.

SAMPAI BILA RM LEMAH BERBANDING SGD?

Menurut Encik Saktiandi, ringgit Malaysia bagaimanapun dijangka bangkit semula berbanding dolar Singapura pada penghujung tahun ini.

Ekonomi Malaysia kata beliau akan tumbuh lebih rancak pada suku terakhir tahun ini.

"Kami menjangkakan kemungkinan bank pusat Malaysia atau Bank Negara, mungkin akan mempertingkatkan dasar kewangan atau meningkatkan kadar faedah mereka. Ini akan sedikit banyak meningkatkan, menguatkan ringgit. 

"Matawang Singapura mungkin akan menurun sedikit. Kita menjangkakan mungkin dolar Singapura akan menurun sedikit. Dianggarkan 0.5 hingga 1 peratus juga," terang Encik Saktiandi yang juga merupakan seorang Naib Presiden Eksekutif di Maybank. 

Ketika itu, ringgit kata beliau boleh naik semula ke paras 3.16 berbanding sedolar Singapura. 

Berbanding matawang asing pula, Encik Saktiandi berkata kesan pengukuhan dolar Singapura berbanding dolar Amerika misalnya mungkin tidak begitu ketara kerana dolar Amerika masih terus kukuh.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan