Skip to main content

Kewangan

S'pura turunkan ramalan NODX 2020; perdagangan terjejas angkara COVID-19, harga minyak lebih rendah

Singapura menurunkan ramalan bagi Eksport Domestik Bukan Minyak (NODX) dan juga perdagangan bagi sepanjang tahun ini selepas ekonomi negara terjejas teruk akibat kesan COVID-19 dan harga minyak yang lebih rendah.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura turunkan ramalan NODX 2020; perdagangan terjejas angkara COVID-19, harga minyak lebih rendah

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 26 May 2020 01:07PM Dikemas Kini : 26 May 2020 01:10PM

SINGAPURA: Singapura menurunkan ramalan bagi Eksport Domestik Bukan Minyak (NODX) dan juga perdagangan bagi sepanjang tahun ini selepas ekonomi negara terjejas teruk akibat kesan COVID-19 dan harga minyak yang lebih rendah.

NODX kini dijangka akan merosot antara 1 hingga 4 peratus tahun ini, manakala perdagangan barang niaga diramal mengalami kemerosotan lebih ketara antara 9 hingga 12 peratus, menurut Enterprise Singapore (ESG) pada Selasa (26 Mei).

Tiga bulan lalu, kedua-dua metrik itu dijangka tumbuh antara -0.5 hingga 1.5 peratus tahun ini.

Ramalan awal ini, menurut ESG, adalah berdasarkan prospek pertumbuhan yang suram bagi China yang turut menjejas ekonomi serantau, melemahkan sentimen pengguna dan perniagaan serta menyebabkan harga minyak jatuh dengan mendadak.

Bagaimanapun, persekitaran ekonomi luaran dan harga minyak sudahpun melemah ketika itu.

Ramalan terkini daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan ekonomi global akan merosot sebanyak 3.0 peratus pada 2020, lebih rendah daripada 3.3 peratus yang diunjurkan sebelum ini, sedang ramalan itu turut diturunkan bagi ekonomi-ekonomi maju dan membangun, menurut badan dunia itu.

Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) menjangkakan jumlah perdagangan barang niaga akan menguncup antara 13 hingga 32 peratus pada 2020, berbanding pertumbuhan 2.7 peratus yang diramalkan sebelum ini.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita