Skip to main content

Kewangan

S'pura, AS perlu tolak amalan perlindungan dalam keadaan ekonomi mencabar: Chan Chun Sing

Menteri Perdagangan dan Perusahaan (MTI) berkata Singapura dan Amerika Syarikat perlu menolak kecenderungan amalan perlindungan dalam keadaan ekonomi yang sukar sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Jan 2021 07:52PM Dikemas Kini : 26 Jan 2021 09:28PM

SINGAPURA: Menteri Perdagangan dan Perusahaan (MTI) berkata Singapura dan Amerika Syarikat perlu menolak kecenderungan amalan perlindungan dalam keadaan ekonomi yang sukar sekarang.

Sebaliknya, Encik Chan Chun Sing berkata kedua-dua negara perlu bekerjasama untuk memastikan
rantaian bekalan global berfungsi dengan lancar.

Berucap di acara webinar yang dianjurkan Kedutaan Amerika Syarikat di Singapura pada Selasa (26 Jan), Encik Chan membentangkan tiga lagi cara kedua-dua negara boleh saling membantu satu sama lain.

Ia termasuk memudahkan akses kepada idea, bakat dan modal bagi kedua-dua belah pihak serta mewujudkan rangka kerja yang memastikan aliran data bergerak lancar dan selamat melintasi kedua-dua negara.

"Terakhir sekali, keupayaan untuk kita bekerjasama melindungi hak milik intelektual. Ia amat penting dalam ekonomi baru sekarang. Sebilangan besar kelebihan daya saing syarikat generasi baru sebenarnya sangat berpandukan pengetahuan intensif dan hak milik intelektual," kongsi Encik Chan.

"Sekiranya kita dapat mewujudkan persekitaran seperti itu untuk perniagaan-perniagaan, maka anda akan memudahkan pertumbuhan dan perkembangan perniagaan baru dan model-model perniagaan baru." 

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita