S'pura perlu pelbagai, perkukuh peranan sebagai hab global
Sedang Singapura mengukuhkan asas bagi menangani krisis, penting juga untuk membina daya tahan bagi masa depan.

SINGAPURA: Sedang Singapura mengukuhkan asas bagi menangani krisis, penting juga untuk membina daya tahan bagi masa depan kerana ia berkaitan dengan hubungan dunia.
Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan berkata demikian sambil menggariskan lima strategi utama untuk melakukannya di tengah-tengah sekitaran geopolitik yang berubah.
Dr Balakrishnan menekankan Singapura perlu mempelbagaikan dan mendalami lagi hubungan perdagangan yang akan meningkatkan peranan negara sebagai hab perdagangan, pengiriman, kewangan dan idea.
Kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan serta silang sempadan juga perlu dipupuk bagi tujuan yang sama.
Lagi dua strategi, kata Dr Balakrishnan, adalah terus mempergiatkan usaha melawan perubahan iklim serta membina kerjasama digital.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.