Skip to main content

Kewangan

S'pura perkukuh kerjasama dengan AS dalam bidang FinTech

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) memeterai perjanjian dengan Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komiditi Amerika Syarikat untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang teknologi kewangan (FinTech).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura perkukuh kerjasama dengan AS dalam bidang FinTech

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 13 Sep 2018 08:21PM Dikemas Kini : 13 Sep 2018 08:23PM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) memeterai perjanjian dengan Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komiditi Amerika Syarikat untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang teknologi kewangan (FinTech).

Di bawah perjanjian itu, syarikat-syarikat FinTech dari Amerika dan Asia akan menikmati akses pasaran yang lebih baik. Ini kerana kedua-dua agensi akan membantu syarikat-syarikat tersebut menembusi pasaran lain.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Urusan MAS Ravi Menon menarik perhatian tentang minat yang semakin meningkat dari syarikat-syarikat FinTech di Amerika untuk berkembang di Asia.

Perjanjian itu juga akan melihat hasil yang diperolehi daripada syarikat-syarikat pemula FinTech dan kegiatan inovatif lain yang dikongsi bersama. Tujuannya untuk membantu syarikat-syarikat dalam kawal selia dan peluang dalam setiap bidang kuasa terutamanya dalam membangunkan huraian baru pasaran derivatif.  

Sumber : CNA/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita