Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

S'pura intai tambat lebih banyak syarikat dipacu inovasi

Singapura ingin memikat lebih banyak syarikat yang berkembang semasa pandemik sekarang seperti sektor bioperubatan, semikonduktor dan teknologi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Aug 2021 07:41PM Dikemas Kini : 17 Aug 2021 08:42PM

SINGAPURA: Singapura ingin memikat lebih banyak syarikat yang berkembang semasa pandemik sekarang seperti sektor bioperubatan, semikonduktor dan teknologi.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) Dr Beh Swan Gin berkata rancangan bagi tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang bukan sekadar mengenai pelaburan tetapi juga untuk mewujudkan ekonomi yang dipacu inovasi.

Semasa bercakap di sidang media sempena ulang tahun ke-60 EDB, Dr Beh berkata sasaran jangka panjang lembaga itu bukan sahaja untuk menarik syarikat besar.

Ia juga mahukan syarikat-syarikat yang menghasilkan produk-produk yang mendapat permintaan global.

Antaranya syarikat pemilik Shopee, SEA group, serta syarikat-syarikat yang boleh mewujudkan ekonomi rendah karbon.

Pada masa yang sama, Dr Beh berkata Singapura boleh meraih manfaat apabila syarikat-syarikat tersebut memindahkan rantaian bekalan dan modal masing-masing ke rantau ini.

Dr Beh turut menarik perhatian bahawa kejayaan Singapura menjaga keselamatan dan memberi suntikan vaksin kepada lebih 70 peratus penduduknya, adalah sebab mengapa lebih banyak perusahaan berminat menubuhkan perniagaan di sini.

Sumber : CNA/AY/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan