Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

S'pura bakal catat jumlah rekod pengurusan kontena

Singapura dijangka mencatat jumlah tertinggi pengurusan kontena tahun ini. Jumlah kontena yang dikendalikan antara Januari hingga Oktober lalu adalah sekitar 2.1 peratus lebih banyak berbanding tempoh yang sama tahun lalu serta 1.3 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama pada 2019.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Nov 2021 07:43PM Dikemas Kini : 30 Nov 2021 09:47PM

SINGAPURA: Singapura dijangka mencatat jumlah tertinggi pengurusan kontena tahun ini.

Jumlah kontena yang dikendalikan antara Januari hingga Oktober lalu adalah sekitar 2.1 peratus lebih banyak berbanding tempoh yang sama tahun lalu serta 1.3 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama pada 2019.

Operasi pengurusan kontena akan mendapat lebih banyak sokongan apabila dua dermaga pertama Pelabuhan Mega Tuas dijangka mula beroperasi sebelum akhir tahun ini.

Kerja-kerja tambak tanah Fasa Satu Pelabuhan Mega Tuas itu sudah selesai.

Ia meliputi kawasan seluas lebih 400 padang bola sepak.

Lebih S$1 bilion pula dapat dijimatkan melalui cara binaan yang inovatif dan mampan seperti penggunaan robot bagi meletakkan panel-panel konkrit.

Apabila siap dibina sepenuhnya pada tahun-tahun 2040-an, Pelabuhan Tuas dapat mengendalikan 65 juta kontena setiap tahun.

Sumber : CNA/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan