Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

S$72 juta untuk perkukuh, latih tenaga kerja sektor binaan sekitaran

Pemerintah memperuntukkan S$72 juta sehingga 2020 untuk memperkukuh pembangunan tenaga kerja serta latihan bagi sektor pembinaan sekitaran.

Anggaran Waktu Membaca:
S$72 juta untuk perkukuh, latih tenaga kerja sektor binaan sekitaran

Gambar fail para pekerja di Singapura. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 22 Jan 2019 03:40PM Dikemas Kini : 23 Jan 2019 12:15AM

SINGAPURA: Pemerintah memperuntukkan S$72 juta sehingga 2020 untuk memperkukuh pembangunan tenaga kerja serta latihan bagi sektor pembinaan sekitaran.

Di bawah daya usaha ini, program-program biasiswa sedia ada yang menyediakan geran latihan serta insenstif pengekalan pekerja akan dipertingkat.

Ini termasuk geran latihan S$3,000 bagi para lulusan untuk menghadiri kursus peningkatan kemahiran serta insentif S$7,000 setahun selepas menyempurnakan bon mereka. Demikian diumumkan Menteri Pembangunan negara Lawrence Wong pada Selasa (22 Jan).

Encik Wong mendedahkan demikian di luar Upacara Biasiswa dan Tajaan iBuildSG.

Satu laluan pembangunan pos-siswazah di bawah program biasiswa itu akan diperluaskan kepada para siswazah di samping lulusan politeknik dan ITE.

Untuk menyokong latihan kakitangan teknikal, program Tajaan Spesialis Bangunan akan dilanjutkan dari dua tahun kepada tiga tahun bagi para pelajar yang menghadiri kursus lebih panjang, seperti Nitec sambilan, Nitec Tinggi dan kursus pembangunan pasca ITE.

Sebuah jawatankuasa perikatan tiga pihak akan ditubuhkan menjelang suku pertama tahun ini untuk melakarkan laluan kerjaya bagi warga Singapura dalam sektor binaan sekitaran. Jawatankuasa itu antara lain merangkumi pihak-pihak berkepentingan daripada institut pengajian tinggi serta persatuan dan kesatuan perdagangan.

Kelab iBuildSG, satu daya usaha pendampingan juga akan dilancarkan pada April untuk memperkenalkan para pelajar sekolah menengah dan institusi tinggi kepada sektor binaan sekitaran, seperti menerusi wisata dan lawatan di lapangan.

Sebanyak 448 biasiswa dan tajaan dianugerahkan oleh BCA dan 108 penaja industri di upacara itu pada Selasa.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan