Skip to main content

Kewangan

S$1 cecah RM3.065: Ringgit di paras terendah berbanding SGD dalam tempoh 13 bulan

Dolar Singapura terus mengukuh berbanding mata wang Malaysia. Hari ini (19 Dis) ia mencecah paras tertinggi berbanding ringgit dalam tempoh 13 bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
S$1 cecah RM3.065: Ringgit di paras terendah berbanding SGD dalam tempoh 13 bulan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Dec 2018 08:10PM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 08:11PM

SINGAPURA: Dolar Singapura terus mengukuh berbanding mata wang Malaysia. Hari ini (19 Dis) ia mencecah paras tertinggi berbanding ringgit dalam tempoh 13 bulan.

Nilai ringgit jatuh ke paras terrendah berbanding dolar Singapura dalam dagangan hari ini kepada RM3.0650 hari ini sebelum turun sedikit pada RM3.0546.

Sebilangan pedagang mengaitkannya kepada permintaan yang berkurangan bagi mata wang ringgit, di tengah-tengah harga minyak yang lemah.

Ini adalah paras tertinggi sejak dolar Singapura mencecah RM3.0724 pada 20 November tahun lalu.

Harga minyak pula tertekan sedang para pedagang bimbang tentang bekalan berlebihan, penghasilan yang lebih tinggi dan ujuran permintaan di peringkat global.

"Keraguan tentang kesan rancangan untuk mengurangkan penghasilan, yang diterajui oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) juga menyebabkan tekanan harga," salah seorang pedagang memberitahu Bernama.

Timbalan Menteri Kewangan Malaysia Amiruddin Hamzah berkata bahawa bank pusat Malaysia akan sentiasa memastikan ringgit stabil. Ini dengan mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan kecairan mencukupi serta pasaran yang berdaya tahan.

"Dalam jangka panjang, nilai ringgit akan dirangsang khususnya oleh kekuatan asas-asas ekonomi negara ini. Lantaran itu, Malaysia perlu fokus kepada usaha-usaha untuk mempertingkat daya tahan ekonominya dengan mempelbagaikan sumber pendapatan serta memperkukuh kedudukan fiskal," kata beliau.

Mengulas tentang sejauh mana kerajaan memantau nilai ringgit menyusuli kemungkinan Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat, Encik Amiruddin berkata dasar bank pusat buat masa ini sudahpun dan akan terus membantu Malaysia dalam keadaan yang tidak menentu tanpa menjejas ekonomi negara.

"Dasar termasuk pertukaran fleksibel matawang ringgit ini akan memainkan peranan penting sebagai penyerap kejutan tanpa menjejas kegiatan-kegiatan ekonomi domestik.

"Kedua, dengan memastikan pasaran-pasaran kewangan berfungsi dengan betul melalui langkah-langkah proaktif bagi memastikan kecairan yang mencukupi, mengurangkan spekulasi untuk mengelak ringgit menjadi tidak stabil, menggunakan rizab antarabangsa menurut keperluan bagi menstabilkan pasaran," jelas beliau.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita