RWS enggan dedah jumlah pekerja diberhentikan akibat pandemik COVID-19
Resorts World Sentosa (RWS), yang dimiliki oleh Genting Singapore, sudah memberhentikan sejumlah kakitangannya sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengurangkan kos disebabkan oleh pandemik virus korona, menurut pusat peranginan bersepadu itu pada Rabu (15 Jul).

(Gambar: Christy Yip)
SINGAPURA: Resorts World Sentosa (RWS), yang dimiliki oleh Genting Singapore, sudah memberhentikan sejumlah kakitangannya sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengurangkan kos disebabkan oleh pandemik virus korona, menurut pusat peranginan bersepadu itu pada Rabu (15 Jul).
Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, RWS bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah pekerja yang terjejas.
Dalam kenyataannya, RWS mendedahkan bahawa ia sudah "menyemak semula semua kos", mengurangkan perbelanjaan tdak penting dan memotong gaji pihak pengurusan sehingga 30 peratus, tetapi terpaksa membuat "keputusan sukar" untuk memberhentikan pekerja.
RWS, salah satu daya tarikan pelancong utama di Singapura, merangkumi sebuah hotel, kasino dan taman tema Universal Studios, antara daya tarikan lain.
"Kami memahami sepenuhnya kesulitan dan kerisauan tentang perkara ini terhadap anggota pasukan dan keluarga mereka yang terjejas. RWS mengambil kira dan menimbangkan keperluan tenaga kerja, termasuk pertimbangan untuk mengekalkan tenaga kerja rakyat tempatan," menurut kenyataan tersebut.
RWS turut mendedahkan bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk membantu para pekerja yang terjejas mencari pekerjaan baru.
Ini termasuk Kesatuan Daya Tarikan, Resort dan Hiburan (AREU), Institut bagi Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i), Jabatan Perkhidmatan Awam, Workforce Singapore dan SkillsFuture Singapore.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.