Skip to main content

Kewangan

Rupiah Indonesia junam ke paras paling rendah berbanding dolar S'pura dalam tempoh 26 tahun

Rupiah Indonesia menjunam ke paras paling rendah pada Khamis (27 Sep) berbanding dolar Singapura sejak1992, meskipun pemerintah Jakarta sudah mengambil langkah bagi melindungi mata wang negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Rupiah Indonesia junam ke paras paling rendah berbanding dolar S'pura dalam tempoh 26 tahun

Mata wang rupiah. (Gambar: Bay Ismoyo/AFP)

Diterbitkan : 27 Sep 2018 11:13PM Dikemas Kini : 27 Sep 2018 11:16PM

SINGAPURA: Rupiah Indonesia menjunam ke paras paling rendah pada Khamis (27 Sep) berbanding dolar Singapura sejak1992, meskipun pemerintah Jakarta sudah mengambil langkah bagi melindungi mata wang negara itu.

Rupiah Indonesia menjunam kepada 10,968.35 berbanding dolar Singapura, di tengah-tengah penjualan besar-besaran aset Indonesia disebabkan oleh kadar faedah Amerika Syarikat yang semakin meningkat akibat keprihatinan mengenai krisis pasaran baru muncul yang lain dan perang perdagangan antara China dengan Amerika.

Mata wang Indonesia tidak pernah menjunam begitu rendah sejak 1992, menurut data Bloomberg.

Mata wang Rupiah Indonesia yang rendah itu bagaimanapun memberi manfaat kepada para pengunjung yang ingin ke Indonesia.

Sungguhpun demikian, susut nilai mata wang Indonesia mencetuskan tekanan terhadap perniagaan-perniagaan Indonesia.

"Mata wang Rupiah yang semakin susut itu sememangnya sudah menjejas perniagaan kami di Batam," kata Encik JT, Pengarah syarikat panel tenaga suria Batam Surya Pertama, kepada Mediacorp.

Indonesia sekali lagi menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata kepada 5.75 peratus pada Khamis (27 Sep), iaitu kenaikan kelima yang dilakukannya sejak Mei, selepas pemerintah negara itu menyatakan bahawa ia sedang melaksanakan langkah-langkah lain bagi melindungi mata wang negara itu yang lemah. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita