Skip to main content

Kewangan

Rundingan tarif dengan Amerika Syarikat perlu diteruskan: Vietnam

Amerika Syarikat dan Vietnam menamatkan pusingan kedua rundingan perdagangan berkenaan tarif dan bersetuju untuk meneruskan perbincangan bagi menangani isu-isu yang belum diselesaikan, menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Vietnam pada Khamis (22 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Rundingan tarif dengan Amerika Syarikat perlu diteruskan: Vietnam

Sebuah kapal kontena kelihatan berhampiran Terminal Kontena Antarabangsa Hai Phong, selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan penangguhan tarif selama 90 hari bagi kebanyakan negara, di Hai Phong, Vietnam, pada 16 April 2025. (Gambar fail: REUTERS/Athit Perawongmetha)

HANOI: Amerika Syarikat dan Vietnam menamatkan pusingan kedua rundingan perdagangan berkenaan tarif dan bersetuju untuk meneruskan perbincangan bagi menangani isu-isu yang belum diselesaikan, menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Vietnam pada Khamis (22 Mei).

Pusingan kedua rundingan itu berlangsung di Washington dari 19 hingga 22 Mei, melibatkan Menteri Perdagangan Vietnam Nguyen Hong Dien dan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat, Jamieson Greer, menurut kenyataan kementerian Vietnam di laman webnya yang turut memaparkan gambar-gambar mesyuarat berkenaan.

“Pada akhir pusingan rundingan, Vietnam dan Amerika Syarikat mencapai kemajuan positif, mengenal pasti kumpulan isu yang hampir mencapai kata sepakat, dan kumpulan isu yang memerlukan perbincangan lanjut bagi mencapai persetujuan pada masa akan datang,” menurut kenyataan itu tanpa memberikan butiran lanjut.

Ia turut menyatakan bahawa rundingan perlu diteruskan pada awal Jun.

Wakil Perdagangan Amerika Syarikat tidak memberi maklum balas segera terhadap permintaan komen di luar waktu perniagaan Amerika.

Vietnam sangat bergantung kepada eksport ke Amerika Syarikat dan dikenakan antara kadar tarif "timbal balik" tertinggi oleh Rumah Putih pada 46 peratus.

Bagaimanapun, tarif tersebut digantung secara global oleh Washington sehingga Julai.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita