Rumah mewah Jho Low di AS bakal dijual
Ahli perniagaan Malaysia yang kini menjadi buruan berhubung isu penyelewengan dana 1MDB, Low Taek Jho atau Jho Low, bersetuju untuk menjual sebuah hartanah mewah bernilai AS$39 juta (S$51.7 juta) di Los Angeles.
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Malaysia yang kini menjadi buruan berhubung isu penyelewengan dana 1MDB, Low Taek Jho atau Jho Low, bersetuju untuk menjual sebuah hartanah mewah bernilai AS$39 juta (S$51.7 juta) di Los Angeles.
Ini menyusuli tindakan pihak pendakwa raya Amerika Syarikat mengemukakan permohonan di mahkamah, bagi menjual hartanah yang didakwa dibiayai menggunakan dana IMDB itu.
Menurut laporan Bloomberg, dalam sidang mahkamah di Califoria, kedua-dua wakil Jho Low dan Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) bersetuju untuk menjual hartanah di kawasan Sunset Strip itu kerana ia kini dalam keadaan "tidak boleh diperbaiki".
Menurut dokumen mahkamah, kos purata menyenggara dan melunaskan cukai serta insurans rumah mewah itu melebihi RM2 juta (S$940,000) setahun.
Bagaimanapun jika penjualan rumah itu tidak dapat diselesaikan dalam masa 270 hari, pemerintah Amerika berhak melantik ejen penjualannya sendiri.
Sejauh ini DOJ telah mengemukakan permohonan mahkamah untuk menuntut semula aset-aset berjumlah AS$1.7 bilion (S$2.3 bilion) yang didakwa telah menggunakan dana 1MDB yang diselewengkan.
Amerika dijangka mengembalikan AS$200 juta (S$272 juta) kepada Malaysia sebagai sebahagian rampasan aset-aset yang dikaitkan dengan 1MDB, bulan ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.