Ringgit M'sia dijangka kekal susut berbanding dolar AS
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin (19 Sep), diasak berterusan oleh tekanan pengukuhan unit negara maju itu bagi sesi kelima berturut-turut berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah AS pada minggu ini, kata penganalisis.
Pada pukul 6.00 petang tadi, ringgit di paras 4.5495/5515 berbanding dolar AS dari 4.5340/5365 pada akhir urus niaga Khamis (15 Sep).
Pasaran ditutup pada Jumaat sempena cuti umum sambutan Hari Malaysia.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Firdaos Rosli, berkata ringgit turut ditekan oleh data penjualan runcit serta tuntutan pengangguran AS yang lebih kukuh dan hanya mendorong bank pusat AS untuk mempertahankan pendirian tegas dalam menangani inflasi.
“Ini akan menyebabkan pihak Bank Simpanan Federal AS (Fed) menaikkan lagi kadar faedah yang akan memberi kesan terhadap mata wang negara-negara sedang pesat membangun, termasuk ringgit,” katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, beliau berkata ringgit semakin mengukuh berbanding mata wang utama lainnya sejak beberapa minggu lepas menyusuli asas-asas ekonomi negara yang kukuh, manakala prospeknya juga kekal stabil di tengah-tengah pemulihan pasaran tenaga kerja secara beransur-ansur.
“Namun, ringgit dijangka kekal susut berbanding dolar AS menurut jangkaan pasaran mengenai kenaikan satu mata penuh atau sekurang-kurangnya 75 mata asas dalam mesyuarat pada 20-21 September ini,” katanya.
Berikutan itu, Encik Firdaos menjangkakan ringgit diniagakan antara RM4.55 (S$1.41) hingga RM4.57(S$1.42) berbanding dolar AS pada minggu ini.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ringgit rendah berbanding euro kepada 4.5372/5392 dari 4.5317/5342 pada akhir urus niaga Khamis, susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2261/2278 dari 3.2238/2261 dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.1706/1724 dari 3.1647/1666 sebelum ini.
Unit tempatan itu bagaimanapun mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.1678/1700 dari 5.2214/2242 pada minggu lalu.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.