Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Ringgit lemah disebabkan perkembangan luar negara, bukan ekonomi domestik, tekan Bank Negara M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Ringgit lemah disebabkan perkembangan luar negara, bukan ekonomi domestik, tekan Bank Negara M'sia

(Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

KUALA LUMPUR: Bank pusat Malaysia pada Jumaat (26 Mei) menyatakan, perkembangan di luar negara seperti kebuntuan mengenai siling hutang Amerika Syarikat (AS), memainkan peranan dalam melemahkan nilai mata wang ringgit, sekali gus menekankan bahawa ia bukan disebabkan faktor dalam negeri.

Bank Negara Malaysia turut mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara itu pada 2023 antara empat hingga lima peratus. 

Nilai ringgit yang susut 4.3 peratus setakat ini pada 2023, mencapai paras terendahnya berbanding dolar AS sejak November lalu sebelum pulih kepada 0.6 peratus lebih tinggi pada Jumaat. 

"Prestasi ringgit akan pulih apabila ketidaktentuan perkembangan pasaran global mereda," menurut Bank Negara Malaysia. 

Sumber : Reuters/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan