Skip to main content

Kewangan

Ringgit kini cecah RM3 bagi setiap S$1 - terendah dalam 8 bulan

Nilai ringgit hari ini (28 Ogos) ditutup pada kadar 3.00 bagi S$1.00 Singapura. Ini adalah paras ringgit yang terendah yang dicatat dalam tempoh lapan bulan.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Nilai ringgit hari ini (28 Ogos) ditutup pada kadar 3.00 bagi S$1.00 Singapura. Ini adalah paras ringgit yang terendah yang dicatat dalam tempoh lapan bulan.

Apabila sesi dagangan ditutup petang tadi, ia susut kepada 3.0062/0095 berbanding kadar 2.9998/0038 semalam (27 Ogos).

Kali terakhir ia mencecah RM3.00 bagi sedolar Singapura adalah dalam bulan Januari tahun ini, menurut data laman Bloomberg.

Dalam pada itu hari ini mata wang ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika sejajar dengan prestasi positif pasaran ekuiti tempatan yang didorong oleh pengukuhan harga minyak, menurut peniaga seperti yang dipetik oleh Bernama. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita