Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Ringgit kini 3.0809 - paras tertinggi berbanding SGD dalam tempoh setahun

Ringgit Malaysia kini berada pada parasnya yang tertinggi berbanding dolar Singapura sejak November tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Ringgit kini 3.0809 - paras tertinggi berbanding SGD dalam tempoh setahun

(Gambar hiasan: AFP/TENGKU BAHAR)

BERITAMediacorp: Ringgit Malaysia kini berada pada parasnya yang tertinggi berbanding dolar Singapura sejak November tahun lalu.

Menurut data Bloomberg, ringgit ditutup kukuh pada paras 3.0809 bagi setiap unit mata wang Singapura, apabila sesi dagangan ditutup petang semalam (10 Nov).

Ini merupakan paras ringgit paling kukuh sejak 16 November 2016, di mana ia mencatat kadar 3.0749 bagi setiap dolar Singapura.

Sepanjang tahun ini, kadar ringgit paling lemah dicatatkan pada bulan April apabila ia mencecah 3.1786. Mata wang Malaysia itu kemudian pulih kembali pada 9 Jun.

Ini apabila ia mengukuh kepada RM3.0812 berbanding dolar Singapura. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan