Restoran, katerer pacu lonjakan jualan F&B dengan pertumbuhan dua angka
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Khidmat makanan dan minuman (F&B) Singapura meningkat 14.7 peratus pada Februari berbanding setahun lalu, dengan restoran dan katering makanan memacu pertumbuhan itu.
Jabatan Statistik (SingStat) mengaitkan pemulihan itu - Januari menyaksikan penurunan 5.5 peratus berbanding setahun lalu - terutamanya sambutan Tahun Baharu Cina pada Februari tahun ini, berbanding Januari pada 2023.
Penyedia makanan (39.5 peratus) dan restoran (20.5 peratus) memacu peningkatan itu, sedang semua industri dalam sektor khidmat F&B mencatatkan pertumbuhan dalam penjualan masing-masing.
Penjualan kedai makanan segera meningkat 9 peratus, manakala penjualan kafe, pusat makanan dan tempat makan lain meningkat 5.2 peratus pada Februari berbanding tempoh yang sama setahun lalu.
Nilai penjualan keseluruhan bagi khidmat F&B pada Februari dianggarkan berjumlah S$1.0 bilion, menurut SingStat pada Jumaat (5 Apr), dengan 20.8 peratus datang daripada penjualan online - lebih rendah daripada 22.9 peratus yang dicatatkan pada Januari.
“Membandingkan prestasi untuk tempoh dua bulan (Januari hingga Februari), penjualan F&B meningkat 4.0 peratus pada 2024 berbanding 2023. Berdasarkan penyesuaian musiman, penjualan khidmat F&B meningkat 7.9 peratus pada Februari 2024 berbanding bulan sebelumnya ," menurut SingStat.
PENJUALAN RUNCIT MENINGKAT
Penjualan runcit pada Februari juga meningkat - 8.4 peratus berbanding setahun lalu - melanjutkan lagi pertumbuhan 1.6 peratus yang dicatatkan pada Januari.
Tidak termasuk penjualan kenderaan, penjualan runcit meningkat 9.4 peratus berbanding penurunan 1.8 yang dicatatkan pada Januari.
SingStat turut menarik perhatian bahawa sebahagian besar industri runcit merekodkan pertumbuhan hasil penjualan pada Februari berbanding setahun lalu, dengan industri makanan dan arak mencatatkan peningkatan sebanyak 31.4 peratus. Penjualan pasar raya dan pasar raya besar juga meningkat, sebanyak 19.2 peratus.
Bagi jam tangan dan barang kemas, penjualannya meningkat 16.8 peratus, terutamanya disebabkan oleh penjualan yang lebih tinggi bagi barang kemas.
Tetapi penjualan barangan optik dan buku serta peralatan komputer dan telekomunikasi mencatatkan penurunan masing-masing sebanyak 9.3 peratus dan 7.7 peratus berbanding setahun lalu.
Secara keseluruhannya, nilai penjualan runcit pada Februari dianggarkan berjumlah S$3.9 bilion, dengan penjualan runcit online sebanyak 10.9 peratus, lebih rendah daripada 11 peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.
Tidak termasuk kenderaan bermotor, keseluruhan nilai penjualan runcit adalah kira-kira S$3.4 bilion, dengan 12.4 peratus daripadanya adalah daripada penjualan runcit online.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.