Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

'Restaurant Asia' acara berskala besar dirintis,sedang sekatan COVID-19 dilonggarkan

Pameran terbesar di Singapura sejak pandemik melanda dijangka menarik sekitar 1,000 pengunjung setiap hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Nov 2021 08:14PM Dikemas Kini : 18 Nov 2021 10:45PM

SINGAPUA: Pameran terbesar di Singapura sejak pandemik melanda dijangka menarik sekitar 1,000 pengunjung setiap hari.

'Restaurant Asia' adalah antara tiga acara berskala besar yang sedang dirintiskan pihak berkuasa dengan langkah-langkah COVID-19 yang dilonggarkan.

Pameran selama tiga hari itu menampilkan lebih 100 jenama dari 12 negara.

Produk-produk yang dipamerkan termasuk bahan dan bungkusan makanan serta perkakas dapur bagi keperluan pemain industri makanan dan minuman (F&B).

Acara yang diadakan secara hibrid juga boleh disertai oleh lebih 3,000 jemputan secara maya.

'Restaurant Asia' akan membuka pintunya kepada para pengunjung awam pada Sabtu ini.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong menegaskan keperluan industri F&B memanfaatkan teknologi bagi menempuh normal baru.

"Transformasi menerusi pendigitalan dan inovasi tidak pernah menjadi lebih mustahak (berbanding sekarang). Pandemik ini merancakkan peralihan banyak syarikat F&B kepada penghantaran makanan menerusi wadah online dan pemasaran digital untuk mendampingi lebih ramai pelanggan dan mengekalkan perniagaan," kata beliau. 

Sumber : CNA/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan