Skip to main content

Kewangan

Resort mewah bernilai RM200 juta bakal dibuka di Langkawi Mac 2024

Nautilus Resort, sebuah resort mewah di Langkawi di bawah jenama Curio Collection by Hilton, dijangka mula beroperasi pada Mac 2024.

Anggaran Waktu Membaca:
Resort mewah bernilai RM200 juta bakal dibuka di Langkawi Mac 2024

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 01 May 2023 01:35PM Dikemas Kini : 01 May 2023 01:37PM
KUALA LUMPUR: Nautilus Resort, sebuah resort mewah di Langkawi di bawah jenama Curio Collection by Hilton, dijangka mula beroperasi pada Mac 2024.

Pengarah Urusan Kumpulan Plus Max Group of Companies Prakadeesh Kumar berkata resort bertaraf lima bintang dengan 250 buah bilik terletak di tengah-tengah Pantai Cenang itu, mula dibina pada 2019 dan dijangka siap pada akhir 2023.

Plus Max Group of Companies adalah pelabur bersama dalam Nautilus Resort.

“Saya yakin resort itu akan menjadi pilihan utama dalam kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa di Langkawi, lokasi yang indah dan tapak Geopark Unesco yang pertama di Asia Tenggara. 

“Pembukaan resort baru itu bukan sahaja akan membantu memacu ekonomi dan pelancongan Malaysia tetapi kami juga komited untuk menyumbang secara positif dan menyediakan peluang pekerjaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui baru-baru ini.

Encik Prakadeesh berkata pembukaan resort bernilai RM200 juta (S$59.8 juta) itu akan menambah tarikan terhadap masyarakat di Langkawi dan dirangka untuk menarik generasi baru perniagaan domestik dan antarabangsa serta pelancong dan keluarga yang mencari pengalaman sebenar.

“Tempoh COVID-19 merupakan cabaran yang sukar untuk semua, terutamanya bagi industri pelancongan. Walaupun berdepan cabaran, Plus Max Group of Companies mencatatkan jualan melebihi RM1.6 bilion (S$478 juta) pada tahun lepas,” katanya.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita