REDAS kritik langkah meredakan pasaran hartanah
Persatuan Pemaju Hartanah Singapura (REDAS) mengkritik langkah pemerintah untuk meredakan pasaran hartanah tempatan baru-baru ini.
Pemandangan kawasan perumahan di Singapura. (Gambar fail: AFP)
SINGAPURA: Persatuan Pemaju Hartanah Singapura (REDAS) mengkritik langkah pemerintah untuk meredakan pasaran hartanah tempatan baru-baru ini.
Presiden REDAS Augustine Tan berkata, langkah-langkah itu sebaliknya memburukkan lagi lambakan bekalan hartanah perumahan privet yang sedia ada.
Berucap di Seminar Pasaran Hartanah anjuran REDAS, Encik Tan berkata sekitar 36,000 rumah privet disediakan dalam pasaran buat tahun ini dan tahun depan.
Awal bulan ini, pemerintah mengumumkan kenaikan 5 peratusan mata Cukai Setem Tambahan Pembeli (ABSD) bagi rakyat tempatan dan penduduk tetap yang ingin membeli rumah kedua dan seterusnya. Had pinjaman kepada nilai hartanah juga diketatkan sebanyak 5 peratusan mata bagi semua pinjaman yang diluluskan institusi-institusi kewangan.
REDAS percaya ini meningkatkan kos pembeli untuk memiliki rumah. Para pemaju hartanah pula terpaksa menanggung longgokan bekalan dan perlu menilai semula ketidakseimbangan bekalan dan permintaan, tambah Encik Tan.
Sebelum ini REDAS juga menyatakan bahawa langkah tersebut tidak berlandaskan sebab yang kukuh kerana "pasaran hartanah masih dalam tahap awal pemulihan dan ia selaras dengan asas ekonomi".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.