Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Rating 'berlian' SIA tahap tertinggi audit piawai kesihatan, keselamatan sejagat

Singapore Airlines sudah diberikan rating 'berlian' iaitu tahap tertinggi yang boleh dicapai dalam audit sejagat berhubung piawai kesihatan dan keselamatan yang diamalkan syarikat-syarikat penerbangan semasa pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jan 2021 06:53PM Dikemas Kini : 19 Jan 2021 08:53PM

SINGAPURA: Singapore Airlines sudah diberikan rating 'berlian' iaitu
tahap tertinggi yang boleh dicapai dalam audit sejagat berhubung piawai kesihatan dan keselamatan yang diamalkan syarikat-syarikat penerbangan semasa pandemik COVID-19.

Menurut para penganjur audit tersebut, rating 'berlian' itu diberi kepada syarikat-syarikat penerbangan yang berjaya mencapai tahap kesihatan yang serupa dengan gred hospital.

Audit itu melibatkan senarai semak yang meliputi 10 kategori kesihatan dan keselamatan.

Antaranya termasuk proses ujian, pengesanan kontak, prosedur yang dilaksanakan di lapangan terbang serta semasa penerbangan.

Syarikat-syarikat penerbangan lain yang turut menerima rating 'berlian' termasuk Qatar Airways, Etihad Airways, Turkish Airlines dan United Airlines. 

Sumber : CNA/AI/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan