Skip to main content

Kewangan

Ramalan pertumbuhan ekonomi SG dinaikkan kepada 3.6% bagi 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Ramalan pertumbuhan ekonomi SG dinaikkan kepada 3.6% bagi 2024

Gambar: AFP

Diterbitkan : 11 Dec 2024 07:44PM Dikemas Kini : 11 Dec 2024 08:28PM
SINGAPURA: Para pakar ekonomi meningkatkan ramalan pertumbuhan ekonomi Singapura bagi keseluruhan tahun ini daripada 2.6 peratus kepada 3.6 peratus.

Ini selepas pertumbuhan lebih kukuh dicatat bagi suku ketiga, berbanding unjuran awal.

Ia sebahagian daripada tinjauan suku tahunan terkini di kalangan pengamat profesional oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Ramalan ekonomi yang disemak semula itu disebabkan oleh unjuran lebih tinggi bagi sektor pengilangan serta sektor borong dan dagangan runcit.

Berhubung risiko terhadap prospek ekonomi Singapura, para responden merujuk kepada faktor seperti ketegangan geopolitik, pertumbuhan lebih lemah ekonomi China
serta tekanan kos domestik.

Menoleh ke tahun 2025 pula, GDP negara dijangka tumbuh 2.6 peratus, tidak berubah berbanding ramalan sebelum ini.
Sumber : CNA//fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita