Skip to main content

Kewangan

Qantas potong 6,000 pekerjaan; rancang susun semula syarikat pasca COVID-19

Syarikat penerbangan Australia,Qantas, memberhentikan 6,000 kakitangan dan menggantung khidmat 100 pesawat bagi tempoh sekurang-kurangnya setahun dalam usaha mengurangkan kos sebanyak AS$10 bilion (S$13.9 bilion) sebagai respons terhadap krisis COVID-19, dedah syarikat itu pada Khamis (25 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Qantas potong 6,000 pekerjaan; rancang susun semula syarikat pasca COVID-19

Pesawat Qantas Airways Boeing 747. (Gambar fail: David Gray/Reuters)

Diterbitkan : 25 Jun 2020 03:32PM Dikemas Kini : 25 Jun 2020 03:36PM

SYDNEY: Syarikat penerbangan Australia,Qantas, memberhentikan 6,000 kakitangan dan menggantung khidmat 100 pesawat bagi tempoh sekurang-kurangnya setahun dalam usaha mengurangkan kos sebanyak AS$10 bilion (S$13.9 bilion) sebagai respons terhadap krisis COVID-19, dedah syarikat itu pada Khamis (25 Jun).

Ketua Pegawai Eksekutif Alan Joyce berkata rancangan tiga tahun untuk menyelamatkan syarikat penerbangan Australia itu daripada "krisis terbesar yang pernah dihadapi industri penerbangan" juga akan menyaksikan separuh daripada 29,000 kakitangannya terus diarahkan supaya mengambil cuti selama beberapa bulan.

"Tahun ini sepatutnya tahun untuk kami meraikan Qantas. Tahun ini adalah ulang tahun kami yang ke-100," kata Encik Joyce dalam kenyataannya.

"Jelas, ia tidak seperti yang dirancangkan."

Pandemik COVID-19 sudah memaksa Qantas untuk membatalkan hampir kesemua penerbangan antarabangsa sehingga sekurang-kurangnya Oktober dan mengurangkan penerbangan domestik.

Walaupun penerbangan domestik mula meningkat dengan banyak wilayah di Australia berjaya membendung penularan virus itu, sempadan negara itu dijangka akan terus ditutup kepada ramai penumpang sehingga tahun depan.

Dengan peningkatan mendadak pada jumlah kes baru COVID-19 di Melbourne, bandar kedua terbesar di Australia, ia menjadi satu peringatan bahawa pandemik itu masih menimbulkan ancaman.

Selain pemotongan kos sebanyak AUD$15 bilion (S$14.34 bilion), syarikat tersebut merancang untuk menjual ekuiti sehingga AUD$1.9 bilion (S$1.82 bilion).

Kehilangan 6,000 pekerjaan akan menjejas kedua-dua Qantas dan anak syarikatnya, Jetstar, sedang syarikat itu berharap separuh daripada 15,000 kakitangan yang diarahkan mengambil cuti sejak Mac akan kembali bekerja menjelang akhir tahun ini, kata Encik Joyce.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita