Skip to main content

Kewangan

Putera Mahkota Saudi lancar syarikat teknologi AI

Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman telah melancarkan sebuah syarikat untuk menghasilkan dan mengendalikan teknologi kecerdasan buatan (AI) di Arab Saudi pada Isnin (12 Mei), iaitu keutamaan penting dalam usaha negara itu mempelbagaikan ekonominya.

Anggaran Waktu Membaca:
Putera Mahkota Saudi lancar syarikat teknologi AI

Putera Mahkota Mohammed bin Salman. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 13 May 2025 07:53AM Dikemas Kini : 13 May 2025 07:54AM
DUBAI: Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman telah melancarkan sebuah syarikat untuk menghasilkan dan mengendalikan teknologi kecerdasan buatan (AI) di Arab Saudi pada Isnin (12 Mei), iaitu keutamaan penting dalam usaha negara itu mempelbagaikan ekonominya.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump melakukan lawatan ke Arab Saudi minggu ini, destinasi pertama dalam lawatan beliau ke Timur Tengah.

Teknologi AI dijangka akan menjadi titik perbincangan utama dalam Forum Pelaburan Saudi-Amerika yang akan diadakan di Riyadh pada Selasa (13 Mei).

Arab Saudi yang merupakan pengeksport minyak mentah terbesar di dunia, sedang melalui transformasi ekonomi dan sosial yang ketara di bawah program Wawasan 2030 yang bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan ekonomi negara itu kepada minyak.

Ia mahu menghasilkan teknologi dan prasarana AI - termasuk pusat data - dan bercita-cita menjadikan Arab Saudi sebagai sebuah pusat global AI, di mana ia meletakkan negara itu sebagai hab kegiatan AI di luar Amerika Syarikat.

Syarikat baharu itu, Humain akan dipengerusikan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman dan ia akan beroperasi di bawah Dana Pelaburan Awam.

Syarikat itu akan menawarkan khidmat dan produk AI termasuk pusat data, prasarana AI, keupayaan teknologi pengkomputeran cloud dan model-model AI canggih, lapor agensi berita tempatan.

Awal tahun ini, penjual sofwe awam Salesforce menyatakan ia merancang untuk melabur AS$500 juta (S$652 juta) di Arab Saudi berkaitan dengan kecerdasan buatan (AI).
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita