Skip to main content

Kewangan

Purata pendapatan sebenar keluarga SG naik 0.2% pada 2022 kepada S$10,099

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Feb 2023 11:15AM Dikemas Kini : 09 Feb 2023 10:04PM
SINGAPURA: Purata pendapatan keluarga di Singapura meningkat 0.2 peratus pada 2022 selepas mengambil kira inflasi berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Singapura (DOS)pada Khamis (9 Feb).


Dalam kalangan keluarga penduduk tempatan yang bekerja, purata pendapatan bulanan bagi setiap keluarga meningkat daripada 6.1 peratus, dari segi istilah nominal, iaitu dari S$9,520 pada 2021 kepada S$10,099 tahun lalu. Tetapi selepas mengambil kira inflasi, peningkatan tersebut diterjemahkan sebanyak 0.2 peratus.

Bagi setiap anggota keluarga, purata pendapatan yang dijana melalui pekerjaan setiap seorang naik 8.6 peratus daripada S$3,027 kepada S$3,287.

Dari segi pendapatan sebenar, ia meningkat 2.6 peratus selepas mengambil kira inflasi.

Secara purata, peningkatan pendapatan bagi setiap anggota keluarga adalah lebih besar kerana saiz keluarga sudah merosot dari 3.32 kepada 3.27.

Kesemua kumpulan pendapatan menyaksikan peningkatan pada purata pendapatan setiap anggota keluarga, namun jatuh 1.3 peratus bagi golongan yang berpendapatan 10 peratus tertinggi.

Sementara itu, keluarga dalam 9 persentil pertama menyaksikan pendapatan sebenar mereka meningkat antara 1.1 peratus hingga 10.1 peratus, dengan golongan berpendapatan lebih rendah menyaksikan peningkatan yang lebih tinggi.

Ketidaksamaan pendapatan turut jatuh dengan koefisien Gini merosot kepada 0.437, daripada 0.444 pada 2021.

Selepas diselaraskan dengan bantuan dan cukai pemerintah, pekali Gini pada 2022 adalah 0.378, yang kedua terendah dalam rekod.

Koefisien Gini, yang digunakan untuk mengukur ketidaksamaan pendapatan, adalah sama dengan sifar dari segi kesamaan pendapatan secara keseluruhannya; dengan satu bermakna tiada kesamaan.

Ini sedang bantuan yang dihulurkan pemerintah meningkat pada 2022, dengan keluarga penduduk tempatan mendapat secara purata S$5,765 bagi setiap ahli keluarga pada 2022.

 
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita