Pulangan sebenar tahunan GIC tertinggi sejak 2015; tetap berwaspada di tengah persekitaran tidak menentu
Dana pelaburan Singapura GIC berjaya mengharungi keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat pandemik COVID-19 untuk meraih pulangan yang positif.
Gambar fail: GIC
SINGAPURA: Dana pelaburan Singapura GIC berjaya mengharungi keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat pandemik COVID-19 untuk meraih pulangan yang positif.
Metrik utama bagi prestasi pelaburannya mencatat 4.3 peratus - iaitu jauh lebih baik daripada 2.7 peratus yang dicatatkan pada tahun lalu.
Perangkaan itu juga adalah yang tertinggi sejak tahun 2015.
Kadar pulangan tahunan GIC adalah 4.3 peratus lebih tinggi berbanding inflasi global, dengan sebahagiannya dipacu oleh pasaran ekuiti yang lebih kukuh pada tahun lalu.
Menurut para pemerhati, porfolio GIC yang pelbagai akan dapat membantu mengurangkan risiko yang timbul dengan pulangan yang lebih tinggi.
Malah keputusan untuk beralih ke ekuiti juga merupakan satu langkah positif, dengan kadar faedahnya mungkin meningkat dalam jangka pertengahan.
Para pakar menjangkakan GIC akan dapat membuat penyesuaian dengan pantas, sekali gus mengambil kesempatan daripada modalnya untuk memanfaatkan peluang-peluang yang berbeza.
Sementara itu, Asia kini membentuk sepertiga daripada aset-aset yang dimiliki GIC - iaitu lebih tinggi berbanding tempoh sebelumnya.
GIC menyatakan bahawa prospek pertumbuhan di rantau ini masih positif.
Sungguhpun demikian, para pemerhati berkata varian baru COVID-19 dan gelombang penularan COVID-19 masih merupakan cabaran-cabaran yang perlu diatasi.
Pemulihan juga dijangka tidak setara, dengan sesetengah negara dijangka akan dapat menangani pandemik COVID-19 dengan lebih baik berbanding negara-negara lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.