PSB Academy diambil alih Intermediate Capital Group
Institut pendidikan swasta, PSB Academy diambil alih oleh firma pengurusan aset, Intermediate Capital Group.
SINGAPURA: Institut pendidikan swasta, PSB Academy diambil alih oleh firma pengurusan aset, Intermediate Capital Group.
Akademi tersebut akan juga mendedahkan kampus barunya sebelum separuh kedua tahun ini.
Kampus berjuta dolar itu akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dipertingkat bagi kursus-kursus Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.
Sekitar 4,000 pelajar di kampusnya sekarang di Tiong Bahru akan berpindah ke kampus baru bila siap nanti.
Menurut PSB, para pelajar dan kakitangannya tidak akan terjejas dengan peralihan itu.
PSB ditubuhkan sebagai unit daya penghasilan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi pada 1964, bagi meningkatkan kemahiran pekerja.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.