Skip to main content

Kewangan

PSA bakal bina kemudahan rantaian bekalan baharu di Pelabuhan Tuas

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Oct 2024 06:17PM Dikemas Kini : 19 Oct 2024 12:44AM
SINGAPURA: Pengendali pelabuhan terbesar Singapura, PSA, mendedahkan sebuah kemudahan rantaian bekalan baharu di Pelabuhan Tuas.

Ia menempatkan khidmat-khidmat baharu, seperti bilik sejuk dan gudang menyimpan barangan berbahaya.

Ini membolehkannya memproses muatan bernilai lebih tinggi, sekali gus meningkatkan daya persaingan Singapura dalam sektor kelautan.

Kemudahan tersebut berukuran 2 juta kaki persegi itu dan akan siap dibina dalam tempoh tiga tahun.

Hab bernilai hampir S$650 juta ini bakal menggantikan kemudahan sedia ada di Keppel Distripark, yang akan ditutup pada 2027.

Sistem-sistem automasi baharu di kemudahan ini juga membolehkan kargo dipindahkan dengan lebih pantas dalam kawasan pelabuhan itu sendiri.

Ini penting bagi memenuhi permintaan yang meningkat di Pelabuhan Tuas, yang bakal menjadi pelabuhan kontena tunggal terbesar di dunia apabila ia siap sepenuhnya pada tahun 2040-an.

Perdana Menteri Lawrence Wong berkata: "Pelabuhan Singapura adalah sebahagian penting daripada ekosistem pengilangan, perkhidmatan dan inovasi yang lebih luas yang sedang kami bangunkan.

"Pelabuhan Tuas akan menjadi kemudahan utama bagi Gerbang Barat akan datang. Jadi, akan ada sinergi dengan industri-industri sekitarnya di Daerah Tasik Jurong, Daerah Inovasi Jurong dan kemudahan-kemudahan perindustrian dalam Ekosistem Tuas.

"Bersama-sama dengan prasarana pengangkutan kita yang lain, Pelabuhan Tuas juga akan membuka jendela peluang baharu bagi Singapura."
 
Sumber : CNA/FZ/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita