Projek HSR KL-SG: Malaysian Resources tarik diri daripada konsortium diteraju Berjaya
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Bernama)
KUALA LUMPUR: Konsortium diteraju Berjaya Corporation Bhd, yang menyertai Proses Permintaan Maklumat (RFI) oleh MyHSR Corporation Sdn Bhd bagi projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (KL-SG HSR) mengumumkan satu daripada rakan kongsinya telah membuat keputusan untuk menarik diri.
Berjaya dalam kenyataan pada Rabu (18 Dis) berkata Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) telah menarik diri dan akan meneruskan peluang strategik lain sekali gus tidak lagi menjadi sebahagian daripada konsortium KL-SG HSR.
“Konsortium ini, termasuk Berjaya Rail Sdn Bhd, Keretapi Tanah Melayu Bhd, IJM Corporation Bhd dan rakan teknikal seperti Deutsche Bahn, Hitachi Rail dan Hyundai Rotem akan diperkukuhkan lagi untuk lebih sejajar dengan keperluan projek yang semakin berkembang dan memenuhi harapan kerajaan,” katanya.
Konsortium berkenaan dan rakan teknikalnya adalah peneraju yang diiktiraf dalam pembangunan infrastruktur, kejuruteraan dan pengurusan pengangkutan, dengan kepakaran yang terbukti selama beberapa dekad dalam melaksanakan projek infrastruktur berskala besar.
Sementara itu, Pengasas dan Penasihat Berjaya, Vincent Tan berkata kumpulan itu kekal komited dalam misi melaksanakan sistem HSR bertaraf dunia, menyasarkan untuk mentransformasikan kesalinghubungan serantau dan pembangunan ekonomi di Malaysia.
Menurutnya, selain itu ia berhasrat menyumbang kepada peralihan negara ke arah mobiliti hijau menerusi kereta api berkelajuan tinggi.

Sumber : Bernama/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.