Skip to main content

Kewangan

Procter & Gamble labur S$12 juta di S'pura sokong syarikat tembusi pasaran luar

Syarikat barangan pengguna Amerika Syarikat Procter & Gamble melabur sebanyak S$12 juta di Singapura bagi membangunkan sebuah unit perniagaan dengan Lembaga Kemajuan Ekonomi Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Procter & Gamble labur S$12 juta di S'pura sokong syarikat tembusi pasaran luar

Gambar fail. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 08 Mar 2019 12:38PM Dikemas Kini : 08 Mar 2019 12:40PM

SINGAPURA: Syarikat barangan pengguna Amerika Syarikat Procter & Gamble melabur sebanyak S$12 juta di Singapura bagi membangunkan sebuah unit perniagaan dengan Lembaga Kemajuan Ekonomi Singapura.

Ia bertujuan untuk mengembangkan sekurang-kurangnya tiga perniagaan yang berpangkalan di Singapura dan mempunyai potensi untuk berkembang ke luar negara.

Kerjasama itu akan menyaksikan gabungan kerjasama antara syarikat gergasi Amerika Syarikat tersebut dengan pihak perniagaan setempat dalam menghasilkan produk-produk kecantikan baru.

Olay dan SK-II adalah antara jenama produk berbilion dolar Procter & Gamble yang sesetengahnya dibangunkan di Singapura melalui kerjasama dengan para pengkaji A*Star serta pengeluar dan penyedia huraian tempatan.

Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam berkata, kerjasama seumpama itu antara Pemerintah dengan sektor privet serta antara syarikat-syarikat besar dan kecil sangat penting, kerana ia akan menggalak inovasi, merangsang perniagaan untuk berkembang, menjana perniagaan baru, di samping memperluas kegiatan dan pasaran ke luar negara.

Pelaburan baru oleh syarikat Amerika itu adalah tokokan kepada pelaburan sebanyak S$0.5 bilion yang sudah disalurkan sejak tahun 2014.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita