Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Presiden Sri Lanka dijangka kurangkan perbelanjaan dalam belanjawan sementara

Presiden Sri Lanka dijangka mengurangkan perbelanjaan apabila beliau membentangkan belanjawan sementara pada Selasa (30 Ogos) bagi menerajui negara yang dihimpit krisis itu sehingga hujung tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Sri Lanka dijangka kurangkan perbelanjaan dalam belanjawan sementara

Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe semasa satu sesi wawancara bersama The Associated Press di Colombo, Sri Lanka, pada 11 Jun 2022. (Gambar fail: Eranga Jayawardena/AP Photo)

Diterbitkan : 29 Aug 2022 06:06PM Dikemas Kini : 29 Aug 2022 06:06PM
COLOMBO: Presiden Sri Lanka dijangka mengurangkan perbelanjaan apabila beliau membentangkan belanjawan sementara pada Selasa (30 Ogos) bagi menerajui negara yang dihimpit krisis itu sehingga hujung tahun ini.

Ia dilakukan di tengah-tengah perbincangan bersama Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berhubung sebuah pakej bantuan kewangan, lapor Reuters.

Negara seramai 22 juta penduduk, dan yang bergantung kepada sektor pelancongan, itu berdepan krisis ekonomi terburuk sejak kemerdekaannya pada 1948, dengan rizab pertukaran asing merudum, kewangan awam dalam keadaan bercelaru dan kos barangan asas melambung tinggi.

Encik Wickremesinghe, yang memegang jawatan Presiden Sri Lanka selepas pendahulunya digulingkan dalam satu pemberontakan pada Julai lalu, memberitahu Reuters awal bulan ini bahawa belanjawan sementara itu akan tertumpu kepada langkah-langkah penyatuan fiskal seperti yang dipersetujui dengan IMF.

Beliau berkata perbelanjaan akan dikurangkan sebanyak "beberapa ratus bilion" rupee, termasuk bagi pertahanan, untuk menyalurkan wang kepada kebajikan serta membayar semula faedah pinjaman.

Dalam belanjawan yang lalu, dibentangkan pada November, Sri Lanka menyasarkan perbelanjaan sebanyak 3.9 trilion rupee (S$68 bilion).

Encik Wickremesinghe, yang juga menteri kewangan, dijangka menggariskan langkah-langkah bagi menghulurkan bantuan kepada masyarakat berpendapatan rendah yang terjejas teruk oleh krisis kewangan. Belia juga akan mengumumkan cukai-cukai baru yang bertujuan menguncupkan defisit dua angka.

Belanjawan penuh bagi tahun 2023 berkemungkinan dibentangkan pada November, di mana rancangan pemulihan lebih meluas juga akan digariskan.

Sri Lanka gagal membayar faedah yang perlu dilunaskan pada 3 Jun, 28 Jun dan 18 Julai serta satu pembayaran pokok yang perlu dilangsaikan pada 25 Julai, menurut agensi rating S&P Global.

Sebuah pasukan IMF tiba di negara itu minggu lalu dan menggulung lawatannya pada Rabu. Para pegawai Sri Lanka berkata mereka menjangkakan untuk mengadakan perjanjian peringkat kakitangan untuk memajukan rundingan bagi pinjaman darurat negara berjumlah sekitar AS$3 bilion (S$4.1 bilion).

Pasukan IMF itu juga membincangkan tentang rancangan untuk menyusun semula hutang Sri Lanka yang berjumlah sekitar AS$29 bilion (S$40 bilion).
Sumber : Reuters/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa