Premium COE kebanyakannya meningkat; Kategori B tertinggi sejak Dis 2023
Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) kebanyakannya ditutup lebih tinggi dalam bidaan terkini yang berakhir pada Rabu (6 Ogos).
Keadaan trafik di Singapura. (Gambar fail: CNA/Lan Yu)
Bagi Kategori A, iaitu untuk kereta kecil, premiumnya ditutup pada harga S$102,009, naik daripada S$101,102 dalam tender lalu.
Premium kereta lebih besar dan lebih berkuasa dalam Kategori B meningkat 3.7 peratus dari S$119,101 kepada S$123,498. Kali terakhir harga bagi kategori ini lebih tinggi adalah pada Disember 2023.
COE bagi Kategori Terbuka, yang lazimnya digunakan untuk kereta besar, naik daripada S$120,000 kepada S$122,334.
COE bagi kenderaan komersial, termasuk kenderaan muatan dan bas, meningkat kepada S$70,001 berbanding S$68,600 dalam bidaan sebelum ini.
Premium bagi motosikal pula turun kepada S$9,189, berbanding S$9,511 dalam bidaan lalu.
Sejumlah 4,592 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 3,141 COE diperuntukkan.
Ini merupakan tender pertama di bawah kuota COE bagi tempoh antara Ogos hingga Oktober, yang menyaksikan peningkatan hampir 2.6 peratus berbanding suku sebelumnya.
Jumlah keseluruhan COE akan dinaikkan kepada 18,701, naik daripada 18,232 bagi tempoh antara Mei hingga Julai, yang menyaksikan kenaikan sebanyak enam peratus.
Berbanding tempoh yang sama tahun lalu, jumlah kuota keseluruhan akan dinaikkan lebih 22 peratus.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.