Porsche VW henti tawar kereta diesel
Syarikat pengeluar kereta Porsche Volkswagen tidak akan lagi menawarkan kereta berenjin diesel. Demikian menurut ketua pegawai eksekutif syarikat itu kepada akhbar mingguan Jerman Bild am Sonntag.

Logo Porsche. (Gambar: Axel Schmidt/AFP)
FRANKFURT: Syarikat pengeluar kereta Porsche Volkswagen tidak akan lagi menawarkan kereta berenjin diesel. Demikian menurut ketua pegawai eksekutif syarikat itu kepada akhbar mingguan Jerman Bild am Sonntag.
Encik Oliver Blume berkata keputusan itu dibuat berikutan peraturan lebih ketat bagi mengekang pengeluaran gas karbon dioksida.
"Porsche tidak akan lagi keluarkan kereta-kereta diesel pada masa akan datang," kata Encik Blume.
Volkswagen sudah mengaku sengaja melakukan penipuan untuk lulus ujian tahap pelepasan bahan pencemar bagi enjin diesel syarikat itu.
Pengakuan itu mencetuskan gelombang kejutan dalam industri automotif dan tindakan besar-besaran terhadap jenis-jenis kenderaan berenjin diesel yang didapati mempunyai kadar pencemaran yang tinggi.
Bagaimanapun, Encik Blume dipetik sebagai berkata bahawa para pemilik model Porsche yang mempunyai enjin diesel sekarang akan terus diberi khidmat pemeriksaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.