Popeyes rancang buka 1,700 cawangan di China dalam tempoh 10 tahun
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: BERNAMA)
SHANGHAI: Rangkaian makanan segera Amerika Syarikat (AS) Popeyes akan membuka 10 kedai di China tahun ini sambil menambah tidak kurang 1,700 cawangan dalam tempoh 10 tahun akan datang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Tim Hortons China, Lu Yongchen.
Pada Mac lalu, Tim Hortons, rangkaian kedai kopi dan restoran dari Kanada, memperoleh hak eksklusif untuk membangunkan dan subfrancais jenama ayam goreng Popeyes di China dan Macao.
Tim Hortons menaik taraf Popeyes dari segi pembangunan produk, reka bentuk kedai dan pengalaman pelanggan, Xinhua memetik Encik Lu.
Beliau juga menyatakan keyakinan terhadap prospek pasaran katering China, dengan garis panduan baharu yang dikeluarkan oleh Majlis Negeri berkaitan pelaburan asing untuk meningkatkan keyakinan terhadap jenama asing.
"Pasaran katering China adalah besar, dan jenama boleh mencapai pertumbuhan pesat selagi mereka menjalankan perniagaan mereka dengan baik," kata Encik Lu.
Beliau juga menekankan kerjasama dengan Popeyes untuk pembangunan dan menyokong satu sama lain dalam rantaian industri, bekalan, dan operasi digital.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.