PM Jepun Takaichi bincang tentang yen lemah meski pemerintah berusaha atasi kemerosotan mata wang
Anggaran Waktu Membaca:
TOKYO: Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi membincangkan tentang manfaat yen yang lebih lemah dalam ucapan kempennya, sambil menggunakan nada yang bertentangan dengan kementerian kewangannya.
Kementerian kewangan Jepun enggan menolak sebarang pilihan untuk mengatasi nilai pertukaran asing yang tidak stabil.
Cik Takaichi kemudian berlembut dalam pendiriannya, dengan berkata bahawa beliau tidak mempunyai pendapat tentang arah nilai mata wang yen.
"Orang ramai berkata yen terlampau lemah sekarang, tetapi bagi industri eksport, ia peluang besar," kata Cik Takaichi pada Sabtu (31 Jan) menjelang pilihan raya awal pada 8 Februari.
"Sama ada menjual makanan atau kereta, walaupun ada tarif Amerika Syarikat, yen yang lebih lemah berfungsi sebagai penampan. Itu banyak membantu kami."
Yen berlegar pada paras terendah 18 bulan berbanding dolar Amerika, menyumbang kepada inflasi yang meningkatkan prospek kenaikan kadar faedah oleh bank pusat.
Menteri Kewangan Satsuki Katayama berulang kali berkata kementeriannya akan mengambil tindakan untuk menyokong mata wang itu apabila perlu, yang mana penganalisis dan pedagang sifatkan secara meluas sebagai campur tangan pasaran.
Dalam catatan X pada Ahad, Cik Takaichi berkata beliau tidak menyokong arah yen yang tertentu.
"Saya tidak mengatakan yang mana lebih baik atau lebih buruk - yen yang kukuh atau yen yang lemah," kata Cik Takaichi dalam catatan itu.
Beliau berkata kerajaan sedang memantau pasaran kewangan dan, sebagai perdana menteri, beliau akan menahan diri daripada mengulas secara khusus mengenai perkara itu.
"Niat saya semata-mata untuk menyatakan bahawa kami berhasrat untuk membina struktur ekonomi yang berdaya tahan terhadap turun naik kadar pertukaran, dan bukan, seperti yang dicadangkan oleh beberapa laporan, untuk menekankan manfaat yen yang lemah."
Yen melonjak selepas laporan bahawa Rizab Persekutuan New York menyertai pihak berkuasa Jepun untuk mempersoal bank tentang kadar pertukaran untuk pembelian yen - pertanyaan yang sering ditafsirkan oleh peserta pasaran sebagai kesediaan untuk campur tangan.
Kemerosotan yen yang berlarutan dan lonjakan hasil bon kerajaan Jepun baru-baru ini ke paras tertinggi mencerminkan kebimbangan pelabur tentang kewangan Jepun yang tegang.
Cik Takaichi sedang berusaha mendapatkan mandat untuk misinya bagi menyusun semula ekonomi.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.