Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Platform dagangan S'pura ADDX iktiraf aset kripto pelabur bertauliah

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Platform sekuriti swasta yang berpangkalan di Singapura, ADDX, mengumumkan ia firma kewangan pertama di negara ini yang mengiktiraf mata wang kripto dalam penilaian mereka terhadap aset bernilai tinggi para pelanggan. 

Langkah tesebut menegaskan penerimaan terhadap mata wang digital yang semakin meningkat dalam kalangan firma perkhidmatan kewangan sedang ia berusaha untuk memanfaatkan pelbagai pelabur. 

ADDX, yang turut disokong oleh Bursa Saham Singapura (SGX),menyatakan dalam satu kenyataan pada Rabu (8 Jun) bahawa ia akan mengiktiraf hanya mata wang kripto dengan nilai pasaran yang lebih tinggi dan akan mengenakan kadar diskaun apabila menilai aset-aset tersebut.

Di bawah peraturan Singapura, individu perlu mempunyai sekurang-kurangnya jumlah pendapatan S$300,000 (AS$217,991.57) sepanjang tempoh 12 bulan lalu, S$1 juta dalam aset kewangan bersih atau S$2 juta dalam aset peribadi bersih untuk melayakkan diri sebagai pelabur bertauliah.

ADDX menambah ia akan menerima aset kripto hanya dalam kategori aset peribadi bersih.

Syarikat itu juga akan mengenakan kadar diskaun 50 peratus untuk bitcoin atau ether apabila menghitung nilai pegangan mata wang kripto tersebut serta diskaun 10 peratus untuk syiling stabil USDC.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan