Petronas lulus bayaran tambahan AS$2.4 bilion bagi kerajaan tangani COVID-19
Syarikat Minyak dan Gas Malaysia, Petroliam Nasional Berhad (Petronas), menyatakan bahawa ia meluluskan bayaran dividen tambahan RM10 bilion (AS$2.40 bilion) kepada kerajaan untuk membantu menangani pandemik COVID-19.

(Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)
KUALA LUMPUR: Syarikat Minyak dan Gas Malaysia, Petroliam Nasional Berhad (Petronas), menyatakan bahawa ia meluluskan bayaran dividen tambahan RM10 bilion (AS$2.40 bilion) kepada kerajaan untuk membantu menangani pandemik COVID-19.
Pada awal minggu ini, Menteri Kewangan Malaysia menyatakan bahawa Petronas akan membayar kerajaan, satu-satunya pemegang sahamnya, RM34 bilion dalam bentuk dividen tahun ini.
Syarikat itu yang dalam suku kedua mencatat kerugian pertama sejak hampir lima tahun lalu, pada mulanya berjanji membayar RM24 bilion dan sebarang pendanaan tambahan akan bergantung kepada kemampuan kewangannya.
Menurut Petronas pada lewat Selasa (3 Nov), ia meluluskan dividen tambahan itu dikeluarkan pada akhir November sebagai respons kepada "cabaran-cabaran yang timbul akibat pandemik COVID-19 ini", dan menambah bahawa ia sudah pun melaksanakan bayaran penuh seperti yang dijanjikan sebelum ini.
"Dalam menentukan sama ada dividen tambahan ini mampu dibayar, lembaga Petronas pertama sekali berpuas hati bahawa pihak syarikat masih mampu membiayai operasinya dengan selesa, membayar hutangnya dan memenuhi tanggungjawabnya serta melabur untuk pembangunan masa hadapan," menurutnya melalui emel, sebagai menjawab pertanyaan Reuters.
"Petronas tetap cekal dalam usahanya mengekalkan simpanan tunainya dan memperkukuh daya tahan kewangannya dalam situasi yang tidak tentu ini."
Pengumuman dividen itu muncul sedang kerajaan bersiap sedia untuk membentangkan belanjawan 2021 pada Jumaat ini (6 Nov), yang bertujuan mengurangkan kesan ekonomi kepada Malaysia akibat pandemik itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.