Skip to main content

Kewangan

Petronas berhentikan 10% pekerja, tolak dakwaan keluar dari pasaran Kanada

Firma kerajaan Malaysia, Petroliam Nasional atau Petronas, akan memberhentikan kira-kira 10 peratus tenaga kerjanya dalam satu latihan penstrukturan semula, kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz pada Khamis (5 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Petronas berhentikan 10% pekerja, tolak dakwaan keluar dari pasaran Kanada

Logo Petronas kelihatan di sebuah stesen minyak di Kuala Lumpur, Malaysia pada 4 September 2020. (Gambar fail: REUTERS/Lim Huey Teng)

Diterbitkan : 06 Jun 2025 07:51AM Dikemas Kini : 06 Jun 2025 07:52AM
KUALA LUMPUR: Firma kerajaan Malaysia, Petroliam Nasional atau Petronas, akan memberhentikan kira-kira 10 peratus tenaga kerjanya dalam satu latihan penstrukturan semula, kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz pada Khamis (5 Jun).

Beliau turut menyangkal dakwaan dalam satu sidang media bahawa Petronas akan keluar dari pasaran Kanada.

Media tempatan di Malaysia sebelum ini menukil Petronas sebagai menyatakan ia perlu "mengurangkan saiz" tenaga kerjanya bagi memastikan penakatan syarikat itu dalam tempoh beberapa dekad akan datang.

Petronas mempunyai hampir 50,000 kakitangan, menurut lamannya.

Bloomberg juga melaporkan pada Selasa (3 Jun) bahawa Petronas sedang mempertimbangkan penjualan syarikatnya di Kanada, yang sebelum ini dikenali sebagai Progress Energy Resources Corp.

"Kanada adalah penting bagi cita-cita kami untuk mengekalkan kedudukan kami dalam ruang gas asli cecair," kata Tengku Taufik.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita