Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pesawat SIA, Scoot guna bahan api mampan mulai suku ketiga 2022

Singapore Airlines (SIA) dan pesawat tambang murah Scoot akan mula menggunakan bahan bakar mampan mulai suku ketiga 2022, menurut Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) pada Jumaat (11 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) dan pesawat tambang murah Scoot akan mula menggunakan bahan bakar mampan mulai suku ketiga 2022, menurut Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) pada Jumaat (11 Feb).

Produk itu mengandungi 1.25 juta liter bahan bakar, yang dihasilkan daripada minyak masak terpakai dan sisa lemak haiwan yang dibekalkan syarikat penapisan minyak Neste.

Ia kemudian dicampur bersama bahan bakar pesawat di kemudahan ExxonMobil di Singapura.

Menerusi program perintis itu, SIA dengan sokongan CAAS dan Temasek, akan membeli bahan bakar campuran itu dari ExxonMobil.

Penggunaan bahan bakar mampan sepanjang tempoh setahun itu dijangka mengurangkan pengeluaran karbon dioksida sebanyak sekitar 2,500 tan.

Bahan bakar campuran itu akan dibekalkan ke Lapangan Terbang Changi menerusi sistem pili bahan api sedia ada di lapangan terbang itu menjelang akhir Julai tahun ini.

Mulai suku ketiga 2022, semua penerbangan Singapore Airlines dan Scoot akan menggunakan bahan bakar campuran itu.

"Kemampanan merupakan keutamaan CAAS dalam beberapa tahun akan datang sedang kami menghidupkan semula sektor penerbangan dan membina semula hab penerbangan Singapura," kata ketua pengarah CAAS Han Kok Juan.

Encik Han berkata program perintis itu merupakan "blok binaan penting" dalam usaha CAAS untuk membangunkan sebuah hab penerbangan yang mampan dan akan mengesahkan pilihan operasi berasaskan bahan bakar mampan di Singapura.

Dalam mengalu-alukan langkah ke arah penerbangan lebih mampan, pengarah pengurusan bagi huraian kemampanan Temasek, Encik Federick Teo berkata program perintis itu menandakan langkah penting dalam komitmen syarikat itu untuk "melaksanakan huraian bagi menghentikan pengeluaran karbon dalam sektor-sektor yang sukar dielakkan seperti penerbangan".

Cik Lee Wen Fen, naib presiden kanan perancangan korporat di SIA, menarik perhatian bahawa bahan bakar sedemikian merupakan usaha penting ke arah mengurangkan pelepasan karbon dan "laluan penting" dalam komitmen kumpulan itu untuk mencapai sasaran sifar pengeluaran karbon menjelang 2050.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan