Perubahan struktur kunci pertumbuhan China dan ekonomi lain, kata DPM Heng
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata, untuk China dan ekonomi-ekonomi lain berkembang, negara-negara itu perlu membuat perubahan struktur.
Menurut beliau, ini akan memberi sumber-sumber baharu kelebihan daya saing.
Berucap di Forum Global FutureChina siang tadi (18 Okt), Encik Heng menambah, China perlu melakukan perubahan-perubahan yang sukar untuk mendapatkan semula laluan pertumbuhannya.
Sains, teknologi dan inovasi - khususnya kecerdasan buatan (AI) - kata beliau, akan membentuk ekonomi masa depan.
Encik Heng berkata: "Daya mengatasi masalah oleh sektor awam dan keusahawanan sektor privet adalah kunci bagaimana China terlepas daripada kemiskinan pada tahun 1980-an.
"Dalam fasa pembangunan seterusnya, daya mengatasi masalah dan keusahawanan akan menjadi lebih penting lagi, memandangkan China bukan lagi dalam fasa mengejar pertumbuhan, tetapi harus berada di barisan hadapan yang menerobos arah-arah yang sangat berbeza."

Sumber : CNA/NY/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.